Tuesday, August 4, 2009

HaKiKaT DiRi MaNuSiA

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
Alhamdulillah syukur khadrat Ilalhi kerana masih lagi memberi sedikit ruang dan peluang untuk saya mencoretkan sepatah dua kata untuk renungan kita bersama...mudah-mudahan ia dapat sama-sama mengingatkan kita kepada pencipta kita yang maha agung iaitu Allah Subhanahu Wataala..
Tanpa mengira siap pun kita, kayakah kita, miskinkah kita, senangkah kita, susahkah kita @sebagai guru, pelajar, usahawan, jutawan atau apa sahaja diri kita, kita sebagai seorang hamba mestilah mengenali hakikat diri kita yang sebenarnya.
Kita semestinya mengetahui bahawa dalam diri kita ini mempunyai 3 elemen penting iaitu Akal, hati dan nafsu. kita sebagai orang yang beriman hendaklah memahami sifat dan peranan Akal, hati ,dan nafsu dan hendaklah tahu bagaimana cara untuk mendidiknya. Hati juga disebut sebagai Qalbu dan Fuad, ia juga dikenali sebagai Latifah Rabbaniyyah yang merupakan Raja di dalam kerajaan diri kita. sebagaimana sesebuah negara mempunyai kerajaan begitu jugalah dengan diri kita yang mempunyai kerajaan yang tersendiri yang diketuai oleh Hati. Apabila baik hati itu maka baiklah seseorang itu kerana dihati itulah tempat letaknya hidayah Allah.
Manakala peranan Nafsu dan Akal pula ialah sebagai penasihat diri kita. nafsu yang terdidik akan mendorong diri kita melakukan kebaikan. bila nafsu melakukan kebaikan maka akal akan terpimpin dan hati akan berbakti dan hasilnya akan menjamin keselamatan diri seseorang itu daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.w.t.
Selain sebagai penasihat nafsu juga bertindak sebagai pengajak kita untuk melakukan kejahatan. apabila nafsu mula bertindak demikian ia telah menjadi musuh utama diri kita yang perlu di buang dan pada masa inilah kita perlu menggunakan akal untuk membezakan yang hak dan yang batil ini kerana akal merupakan penyebab kiat mendapat hidayat dan taufik daripada Allah S.w.t.
Kesimpulannya, akal dan nafsu perlu sentiasa dibersihkan dengan menjadikan ilmu dan wahyu sebagai pegangan, sunnah rasul dijadikan ikutan maka hasilnya kitakan dapat membentuk diri yang sempurna dengan memiliki hati yang bahagia dan mulia untuk mendukung agama Allah Sw.t. di atas muka bumi ini. dan ingatlah lah bahawa : kita semua merupakan sebaik2 ummah yang dikeluarkan dari kalangan manusia untuk mengajak manusia lain berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah Sw.t. Wassalam

No comments:

Post a Comment