Sunday, October 4, 2009

SALAM DAN BERSALAMAN

Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda.
Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "
Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah wajib. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i. Bersalaman antara sesama jenis (jantina)
Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii. Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)
Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah haram, bahawa Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan.

iii. Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya
Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, ada yang beranggapan bersalaman dengan keluarga yang hampir seperti sepupu, isteri bapa saudara, adik ipar atau kakak ipar dan lain-lain yang tidak bersangkut paut dengan mahram. Ini adalah keliru, kerana hukumnya tetap ajnabiah haram bersentuhan.

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :

Maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam : "Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya : Daripada Imran bin Husain katanya : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan " " kemudian duduk, maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan" kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan lalu duduk, maka Baginda bersabda" Dua puluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan " " lalu duduk, seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".
(Riwayat al-Imam Abu Daud)


Macam mana pula kalau ada orang berkirim salam ? Jika seseorang berkirim salam kepada seseorang yang lain maka kita yang menerima salam itu wajib menjawabnya.

Memandangkan salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah. apatah lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktikkan. tetapi jangan pula sampai bersalaman dengan golongan yang telah diharamkan bersalaman dengannya...takutlah kita kepada pembalasan Allah di hari akhirat nanti....wallahu a'lam ....

ReNuNGaN

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya "
-IMAM AL-GHAZALI


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya....
-HAMKA

Friday, August 14, 2009

Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

SEORANG ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.
Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?
Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?

Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa."Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.

Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.

Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya. Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.

Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya."Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang."Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum."Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi."Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)

Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.

"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri."

Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Thursday, August 6, 2009

parang serawak





ni lah contoh2 parang sarawak yang boleh didapati kat sarawak ni...harga xmahal,amat berpatutan ni.....sebagai contoh sahaja..ada bnyak lagi.....

Tuesday, August 4, 2009

HaKiKaT DiRi MaNuSiA

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
Alhamdulillah syukur khadrat Ilalhi kerana masih lagi memberi sedikit ruang dan peluang untuk saya mencoretkan sepatah dua kata untuk renungan kita bersama...mudah-mudahan ia dapat sama-sama mengingatkan kita kepada pencipta kita yang maha agung iaitu Allah Subhanahu Wataala..
Tanpa mengira siap pun kita, kayakah kita, miskinkah kita, senangkah kita, susahkah kita @sebagai guru, pelajar, usahawan, jutawan atau apa sahaja diri kita, kita sebagai seorang hamba mestilah mengenali hakikat diri kita yang sebenarnya.
Kita semestinya mengetahui bahawa dalam diri kita ini mempunyai 3 elemen penting iaitu Akal, hati dan nafsu. kita sebagai orang yang beriman hendaklah memahami sifat dan peranan Akal, hati ,dan nafsu dan hendaklah tahu bagaimana cara untuk mendidiknya. Hati juga disebut sebagai Qalbu dan Fuad, ia juga dikenali sebagai Latifah Rabbaniyyah yang merupakan Raja di dalam kerajaan diri kita. sebagaimana sesebuah negara mempunyai kerajaan begitu jugalah dengan diri kita yang mempunyai kerajaan yang tersendiri yang diketuai oleh Hati. Apabila baik hati itu maka baiklah seseorang itu kerana dihati itulah tempat letaknya hidayah Allah.
Manakala peranan Nafsu dan Akal pula ialah sebagai penasihat diri kita. nafsu yang terdidik akan mendorong diri kita melakukan kebaikan. bila nafsu melakukan kebaikan maka akal akan terpimpin dan hati akan berbakti dan hasilnya akan menjamin keselamatan diri seseorang itu daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.w.t.
Selain sebagai penasihat nafsu juga bertindak sebagai pengajak kita untuk melakukan kejahatan. apabila nafsu mula bertindak demikian ia telah menjadi musuh utama diri kita yang perlu di buang dan pada masa inilah kita perlu menggunakan akal untuk membezakan yang hak dan yang batil ini kerana akal merupakan penyebab kiat mendapat hidayat dan taufik daripada Allah S.w.t.
Kesimpulannya, akal dan nafsu perlu sentiasa dibersihkan dengan menjadikan ilmu dan wahyu sebagai pegangan, sunnah rasul dijadikan ikutan maka hasilnya kitakan dapat membentuk diri yang sempurna dengan memiliki hati yang bahagia dan mulia untuk mendukung agama Allah Sw.t. di atas muka bumi ini. dan ingatlah lah bahawa : kita semua merupakan sebaik2 ummah yang dikeluarkan dari kalangan manusia untuk mengajak manusia lain berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah Sw.t. Wassalam

Thursday, July 23, 2009

ReJaB TeLaH BeRLaLu SYaBaN MeNJeLMa LaGi

Assalamualaikum...
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 23 julai 2009. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.
Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Friday, July 17, 2009

ادب ڤنونتوت علمو



ادب ڤنونتوت علمو

منونتوت علمو اداله ساتو کهروسن باݢي کيت قوم مسلمين. باڽق سکالي داليل يڠ منونجوقکن کاوتامأن علمو، ڤارا ڤنونتوت علمو دان يڠ مڠاجرکنڽ. ادب-ادب دالم منونتوت علمو يڠ هاروس کيت کتاهوي اݢر علمو يڠ کيت تونتوت برفاءيده باݢي کيت دان اورڠ يڠ اد د سکيتر کيت ساڠتله باڽق. ادب-ادب ترسبوت د انتاراڽ اداله:.

إخلاص کران الله.

هندقڽ نية کيت دالم منونتوت علمو اداله کران الله تعالى دان اونتوق نݢري اخيرة. اڤابيلا سساورڠ منونتوت علمو هاڽ اونتوق منداڤتکن ݢلرن اݢر منداڤتکن کدودوکن يڠ تيڠݢي اتاو نية يڠ سجنيسڽ، مک رسول الله تله ممبري ڤريڠاتن تنتڠ حال اين دالم سبداڽ :"بارڠسياڤا يڠ منونتوت علمو يڠ ڤلاجري هاڽ کارنا الله سداڠ اي تيدق منونتوتڽ کچوالي اونتوق منداڤتکن هرتا بندا دنيا، اي تيدق اکن منداڤت باو شرݢ ڤد هاري قيامة".﴿ هر: احمد، ابو،داود دان ابن ماجه


.اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان اورڠ لاين.

سموا مأنسي ڤد مولاڽ اداله جاهيل. کيت برنية اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديري کيت، ستله کيت منجادي اورڠ يڠ مميليقي علمو کيت هاروس مڠاجرکنڽ کڤد اورڠ لاين اونتوق مڠهيلڠ کجاهيلن دالم ديري مريک، دان تنتو ساج مڠاجرکن کڤد اورڠ لاين ايت دڠن برباݢاي چارا اݢر اورڠ لاين داڤت مڠمبيل فاءيده دري علمو کيت.اڤاکه دشرتکن اونتوق ممبري منفعة ڤد اورڠ لاين ايت کيت دودوق دمسجد دان مڠاداکن ساتو ڤڠاجين اتاوکه کيت ممبري مافات ڤد اورڠ لاين دڠن علمو ايت ڤد ستياڤ ساعت؟ جوابان يڠ بنر اداله يڠ کدوا; کارنا رسول الله برسبدا :"سمڤأيکنله دريکو والوڤون چوما ساتو ايات ﴿هر: بخاري﴾امام احمد برکات: علمو ايت تيدق اد بنديڠنڽ اڤابيلا نيةڽ بنر. ڤارا موريدڽ برتاڽ: باݢايماناکه يڠ دمکين ايت؟ بلياو منجواب: اي برنية مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان ديري اورڠ لاين.


مڠمالکن علمو يڠ تله دداڤتکن.

ترماسوق ادب يڠ تڤنتيڠ باݢي ڤارا ڤنونتوت علمو اداله مڠمالکن علمو يڠ تله دڤراوليهي، کران عمل اداله بواه دري علمو، باءيق ايت عقيدة، عباده، اخلاق اتاوڤون مواماله. کران اورڠ يڠ تله مميليقي علمو اداله سڤرتي اورڠ مميليقي سنجات. علمو اتاو سنجات ڤدڠ تيدق اکن اد ݢوناڽ کچوالي دعمالکن دݢوناکن

مڠحرمتي ڤارا علماء دان ممولياکن مريک.
ڤنونتوت علمو هاروس سلالو لاڤڠ دادا دالم منريما ڤربيذأن ڤنداڤت يڠ ترجادي د کالڠن علماء. جاڠن سمڤأي اي مڠومڤت اتاو منچلا علماء يڠ کبتولن کليرو د دالم مموتوسکن سواتو مسئله. مڠومڤت اورڠ بياسا ساج سوده ترماسوق دوسا بسر اڤاته لاݢي جک سساورڠ ايت اداله عاليم علماء.منچاري کبنرن دان صبرترماسوق ادب يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ باݢي کيت سباݢاي سأورڠ ڤنونتوت علمو اداله منچاري کبنرن دري علمو يڠ تله دداڤتکن. منچاري کبنرن دري بريتا يڠ سمڤأي کڤد کيت يڠ منجادي سومبر حکوم. کتيک سمڤأي کڤد کيت سبواه هاديث ميثلڽ، کيت هاروس منليتي لبيه دهولو تنتڠ کيسهوهيهن هاديث ترسبوت. کالاو سوده کيت تموکن بوقتي بهوا هاديث ايت اداله صحيح، کيت بروسها لاݢي منچاري معنى ﴿ڤڠرتين ﴾ دري هاديث ترسبوت. دالم منچاري کبنرن اين کيت هاروس صبر، جاڠن ترݢسا-ݢسا، جاڠن چڤت مراسا بوسن اتاو کلوه کسه. جاڠن سمڤأي کيت ممڤلاجري ساتو ڤلاجرن ستڠه-ستڠه، بلاجر ساتو کتاب سبنتر لالو ݢنتي لاݢي دڠن کتاب يڠ لاين. کالاو سڤرتي ايت کيت تيدق اکن منداڤتکن اڤ دري يڠ کيت تونتوت.د سمڤيڠ ايت، منچاري کبنرن دالم علمو ساڠت ڤنتيڠ کران سسوڠݢوهڽ ڤمباوا بريتا ترکادڠ ڤوڽا مقصود يڠ تيدق بنر، اتاو بارڠکالي دي تيدق برمقصود جاهت نامون دي کليرو دالم ممهمي سبواه داليل.والله \ءعالم.

دکوتيڤ دري" کتاب العلمي" شيخ محمد بن صالح الاوثايمين.﴿ابو لوطفي







Wednesday, July 8, 2009

dAkWaH TiAda HeNti

Islam adalah agama dakwah. Salah satu intipati dari ajaran Islam ialah memerintahkan umatnya untuk berdakwah, yakni mengajak manusia kepada jalan Allah (tauhid) dengan bijaksana dan berhikmah . Mengambil berat terhadap dakwah jugalah yang menjadi trademark seorang mukmin sejati. ertinya, orang mukmin yang cuai terhadap dakwah bererti bukan mukmin sejati. Bahkan Allah Ta’ala memuji perlakuan mulia ini dalam firmanNya:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاَ مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim” (QS Fushshilat [41]: 33)
Dalam ayat lain Allah Swt. memerintahkan kepada hamba-hambaNya untuk berdakwah. Seperti dalam firmanNya:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS an-Nahl [16]: 125)

Menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar merupakan identiti seseorang muslim. Itu sebabnya, Islam begitu dinamis. Buktinya, mampu mencapai hingga sepertiga planet bumi ini. Itu ertinya, hampir seluruh penghuni daratan di dunia ini pernah hidup bersama Islam. Betul, ketika kita belajar ilmu alam atau geografi, disebutkan bahawa dunia ini terdiri dari sepertiga daratan dan dua pertiga lautan. Subhanallah, inilah prestasi hebat para pendahulu kita. Itu karena mereka memiliki semangat yang tinggi untuk menegakkan kalimat “tauhid” di bumi ini dan punya kemahuan untuk menyebarkan dakwah dan jihad. Sesuai dengan seruan Allah Swt.:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ
“Dan perangilah mereka itu, hingga tidak ada fitnah lagi dan (hingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.” (QS al-Baqarah [2]: 193)

Kini, zaman sudah pun berubah, kemajuan sains dan teknologi telah pun berkembang pesat..jadi,pendekatan dakwah juga mestilah berubah seiring dengan perkembangan pesat sains dan teknologi...gunakan mean teknologi ini untuk menyampaikan perkara kebaikan sesama kita walaupun satu ayat ni....
Kesimpulannya, sama-sama la kita mengajak sesama kita untuk melakukan perkara kebaikaan dan meninggalkan keburukan....
jumpa lagi di lain nukilan....
"Ingat Allah Senyum Sokmo"
"DAKWAH TIADA HENTI"

Thursday, June 25, 2009

REJAB MENJELMA KEMBALI

Bismillahirrahmanirrahim.....
assalamualaikum wbt......segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana telah memanjangkan umur kita sehingga kita dapat bertemu lagi dengan bulan rejab pada tahun ini....
alhamdulillah.....

Tanpa kita sedari sudah enam bulan telah berlalu, kini kita telah pun memasuki bulan bulan ketujuh dalam kalendar hijrah iaitu bulan REJAB....bulan yang di janjikan dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran daripada Allah bagi sesiapa yang melakukan perkara kebaikan pada bulan ini....

Marila sama-sama kita hayati doa bualan REJAB ini :

DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Friday, March 27, 2009

Himpunan Doa-Doa

Assalamualikum w.b.t........
Di kesempatan yang ada ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang doa yang terdapat diatas dan di bawah ini...marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan segala urusan yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan....ini kerana doa merupakan SILAHUL MUKMIN (senjata bg orang mukmin)...Doa diatas adalah doa untuk kebahgian kita sekeluarga....tanpa keluarga yang sempurna kita tidak akan kemana...kesempurnaan dalam keluarga amat pentig untuk menjamin kebahgian hidup kita di dunia dan akhirat..

Ini pula ialah doa supaya kita ditetapkan pendirian oleh Allah s.w.t dalam agama Islam...moga dikuatkan hati ini dalam menjalani hidup seharian..sebagaimana yang kita ketahui, sepanjang perjalanan hidup kita kita akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang yang kita sendiri tidak mengetahui samada kita dapat menempuhinya ataupun tidak..jesteru mailah sama-sama kita berdoa agar ditetapkan hati kita untuk sentiasa beribadat dan mengingati Allah walau dimana kita berada..
Bacalah doa ini..mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dalam melakukan segala perkara kebaikan..
Jika ingin memohon supaya kita mendapat kemuliaan dan sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. maka bacalah doa ini...semoga ianya dapat membantu kita..
Doa ini boleh dijadikan sebagai pelindung diri kita dari segala kejahatan dan kemungkaran....amalkanlah doa ini dalam kehidupan seharian kita mudah-mudahan kita terpelihara dari anasir2 yang tidak baik...dijauhkan Allah s.w.t. dari segala mara bahaya yang datang.....

Untuk akhirnya......berdoalah untuk kesejahteraan diri.dan keluarga kita...pohon lah kepada Allah s.w.t. jika memerlukan sesuatu dan jangan sesekali memohon kepada selain daripada Allah s.w.t. kerana ia akan membawa kita melakukan kesyirikan kepada Allah s.w.t...orang yang melakukan kesyirikan kepada Allah s.w.t. maka dia telah melakukan dosa besar disisi Allah s.w.t...

sekian wassalam

Sunday, March 22, 2009

Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan

Assalamualaikum.....dan salam sejahtera sahabat2 sekalian..inilah satu bukti yang nyata kepada kita semua bahawa kemisknan tidak menghalang seseorang itu untuk menempa nama sebagai seorang insan yang berjaya..inilah realiti yang dapat kita saksikan dengan kejayaan yang dibuktikan oleh adik Nik Nur madihah atas kejayaannya dalam peperiksaan SPM 2008 yang lalu.

Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian 20 A. Iaitu dengan pecahannya 19 1As, dan 1 2A. Bagi individu berlatarbelakangkan agama seperti saya, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang
muslimah yang sempurna penutupan aurat dan bersekolah agama. Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya

Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan merah lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. Beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kecekapan mindanya.

Pendek kata kemiskinan bukanlah segalanya...dari kemiskinanlah akan membuat seseoRng itu bangkit untuk mencapai kejayaan demi untuk mengubah nasib keluarga dimasa akan datang....
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya"...

sekian wassalam...



Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H di Kapit

Asalamualaikum dan salam sejahtera...Salam maulidur Rasul di ucapkan kepada semua sahabat2 semoga dengan apa yang kita sama2 sambut ini memberi seribu pengertian kepada kita. Tanggal 12 Rabiulawwal merupakan satu tarikh yang amat bersejarah dalam kehidupan ummat islam.....kerana pada hari inilah telah lahirnya seorang rasul pembawa kepada rahmat seluruh alam ini...marilah sama2 kita berselawat kepada junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W...
Kami warga SMK Selirik tidak ketinggalan untuk sama2 meraikan Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di dewan suarah kapit sarawak. gambar diatas diambil semasa perarakan di majlis tersebut..

Ini pula gambar semasa seminggu sebelum sambutan maulidur Rasul dimana kami membuat persiapan sedikit sebanyak untuk menyertai perarakan tersebut. apa yang kami buat ialah kami menyiapkan sepanduk untuk Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Inilah sepanduk yang kami dapat sediakan untuk Sambutan Maulidur Rasul 1430H pada tahun ini...macam mana ok x sepanduk yang kami siapkan ini....?

inilah rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan majlis Sambutan Maulidur Rasul kita pada tahun ini...akan tetapi tidak lupa juga pada kawan yanng tiada dalam gambar ini. kalian jangan berkecil hati...jasa kalian amat dihargai...Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian....ayuhlah kita sama2 memperjuangkan syiar Islam dimana sahaja kita berada moga2 apa kita perjuangkann ini mendapat MARHDO TILLAH...InsyaAllah....Dakwah Tiada Henti





Monday, February 23, 2009

10 WaSiaT Imam Syafie

Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh.. semua...

10 Wasiat Imam Syafie SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.

" PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Saturday, January 31, 2009

Peringatan Bersama




AYUH SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu obatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Friday, January 30, 2009

HADITH HARI INI

Dunia Sebagai Tempat Berdagang
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. “Ibnu Umar r.a. berkata,” Jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati”.

Huraian :

1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup didunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

ADAB PENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas karena Allah I .Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerena Allah I dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelar agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah e telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya e :
"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah I sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau sorga pada hari kiamat".( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu MajahTetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya ) bukan karena ingin mendapatkan dunia, tetapi karena sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar.

2.Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faidah dari ilmu kita.Apakah disyaratkan untuk memberi mamfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi mamfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah e bersabda :
"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Karena kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah e. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah e masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabarTermasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu 'Alam.
Dikutip dari " Kitabul ilmi" Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin.(Abu Luthfi)