Thursday, July 23, 2009

ReJaB TeLaH BeRLaLu SYaBaN MeNJeLMa LaGi

Assalamualaikum...
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 23 julai 2009. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.
Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Friday, July 17, 2009

ادب ڤنونتوت علمو



ادب ڤنونتوت علمو

منونتوت علمو اداله ساتو کهروسن باݢي کيت قوم مسلمين. باڽق سکالي داليل يڠ منونجوقکن کاوتامأن علمو، ڤارا ڤنونتوت علمو دان يڠ مڠاجرکنڽ. ادب-ادب دالم منونتوت علمو يڠ هاروس کيت کتاهوي اݢر علمو يڠ کيت تونتوت برفاءيده باݢي کيت دان اورڠ يڠ اد د سکيتر کيت ساڠتله باڽق. ادب-ادب ترسبوت د انتاراڽ اداله:.

إخلاص کران الله.

هندقڽ نية کيت دالم منونتوت علمو اداله کران الله تعالى دان اونتوق نݢري اخيرة. اڤابيلا سساورڠ منونتوت علمو هاڽ اونتوق منداڤتکن ݢلرن اݢر منداڤتکن کدودوکن يڠ تيڠݢي اتاو نية يڠ سجنيسڽ، مک رسول الله تله ممبري ڤريڠاتن تنتڠ حال اين دالم سبداڽ :"بارڠسياڤا يڠ منونتوت علمو يڠ ڤلاجري هاڽ کارنا الله سداڠ اي تيدق منونتوتڽ کچوالي اونتوق منداڤتکن هرتا بندا دنيا، اي تيدق اکن منداڤت باو شرݢ ڤد هاري قيامة".﴿ هر: احمد، ابو،داود دان ابن ماجه


.اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان اورڠ لاين.

سموا مأنسي ڤد مولاڽ اداله جاهيل. کيت برنية اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديري کيت، ستله کيت منجادي اورڠ يڠ مميليقي علمو کيت هاروس مڠاجرکنڽ کڤد اورڠ لاين اونتوق مڠهيلڠ کجاهيلن دالم ديري مريک، دان تنتو ساج مڠاجرکن کڤد اورڠ لاين ايت دڠن برباݢاي چارا اݢر اورڠ لاين داڤت مڠمبيل فاءيده دري علمو کيت.اڤاکه دشرتکن اونتوق ممبري منفعة ڤد اورڠ لاين ايت کيت دودوق دمسجد دان مڠاداکن ساتو ڤڠاجين اتاوکه کيت ممبري مافات ڤد اورڠ لاين دڠن علمو ايت ڤد ستياڤ ساعت؟ جوابان يڠ بنر اداله يڠ کدوا; کارنا رسول الله برسبدا :"سمڤأيکنله دريکو والوڤون چوما ساتو ايات ﴿هر: بخاري﴾امام احمد برکات: علمو ايت تيدق اد بنديڠنڽ اڤابيلا نيةڽ بنر. ڤارا موريدڽ برتاڽ: باݢايماناکه يڠ دمکين ايت؟ بلياو منجواب: اي برنية مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان ديري اورڠ لاين.


مڠمالکن علمو يڠ تله دداڤتکن.

ترماسوق ادب يڠ تڤنتيڠ باݢي ڤارا ڤنونتوت علمو اداله مڠمالکن علمو يڠ تله دڤراوليهي، کران عمل اداله بواه دري علمو، باءيق ايت عقيدة، عباده، اخلاق اتاوڤون مواماله. کران اورڠ يڠ تله مميليقي علمو اداله سڤرتي اورڠ مميليقي سنجات. علمو اتاو سنجات ڤدڠ تيدق اکن اد ݢوناڽ کچوالي دعمالکن دݢوناکن

مڠحرمتي ڤارا علماء دان ممولياکن مريک.
ڤنونتوت علمو هاروس سلالو لاڤڠ دادا دالم منريما ڤربيذأن ڤنداڤت يڠ ترجادي د کالڠن علماء. جاڠن سمڤأي اي مڠومڤت اتاو منچلا علماء يڠ کبتولن کليرو د دالم مموتوسکن سواتو مسئله. مڠومڤت اورڠ بياسا ساج سوده ترماسوق دوسا بسر اڤاته لاݢي جک سساورڠ ايت اداله عاليم علماء.منچاري کبنرن دان صبرترماسوق ادب يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ باݢي کيت سباݢاي سأورڠ ڤنونتوت علمو اداله منچاري کبنرن دري علمو يڠ تله دداڤتکن. منچاري کبنرن دري بريتا يڠ سمڤأي کڤد کيت يڠ منجادي سومبر حکوم. کتيک سمڤأي کڤد کيت سبواه هاديث ميثلڽ، کيت هاروس منليتي لبيه دهولو تنتڠ کيسهوهيهن هاديث ترسبوت. کالاو سوده کيت تموکن بوقتي بهوا هاديث ايت اداله صحيح، کيت بروسها لاݢي منچاري معنى ﴿ڤڠرتين ﴾ دري هاديث ترسبوت. دالم منچاري کبنرن اين کيت هاروس صبر، جاڠن ترݢسا-ݢسا، جاڠن چڤت مراسا بوسن اتاو کلوه کسه. جاڠن سمڤأي کيت ممڤلاجري ساتو ڤلاجرن ستڠه-ستڠه، بلاجر ساتو کتاب سبنتر لالو ݢنتي لاݢي دڠن کتاب يڠ لاين. کالاو سڤرتي ايت کيت تيدق اکن منداڤتکن اڤ دري يڠ کيت تونتوت.د سمڤيڠ ايت، منچاري کبنرن دالم علمو ساڠت ڤنتيڠ کران سسوڠݢوهڽ ڤمباوا بريتا ترکادڠ ڤوڽا مقصود يڠ تيدق بنر، اتاو بارڠکالي دي تيدق برمقصود جاهت نامون دي کليرو دالم ممهمي سبواه داليل.والله \ءعالم.

دکوتيڤ دري" کتاب العلمي" شيخ محمد بن صالح الاوثايمين.﴿ابو لوطفي







Wednesday, July 8, 2009

dAkWaH TiAda HeNti

Islam adalah agama dakwah. Salah satu intipati dari ajaran Islam ialah memerintahkan umatnya untuk berdakwah, yakni mengajak manusia kepada jalan Allah (tauhid) dengan bijaksana dan berhikmah . Mengambil berat terhadap dakwah jugalah yang menjadi trademark seorang mukmin sejati. ertinya, orang mukmin yang cuai terhadap dakwah bererti bukan mukmin sejati. Bahkan Allah Ta’ala memuji perlakuan mulia ini dalam firmanNya:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاَ مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim” (QS Fushshilat [41]: 33)
Dalam ayat lain Allah Swt. memerintahkan kepada hamba-hambaNya untuk berdakwah. Seperti dalam firmanNya:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS an-Nahl [16]: 125)

Menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar merupakan identiti seseorang muslim. Itu sebabnya, Islam begitu dinamis. Buktinya, mampu mencapai hingga sepertiga planet bumi ini. Itu ertinya, hampir seluruh penghuni daratan di dunia ini pernah hidup bersama Islam. Betul, ketika kita belajar ilmu alam atau geografi, disebutkan bahawa dunia ini terdiri dari sepertiga daratan dan dua pertiga lautan. Subhanallah, inilah prestasi hebat para pendahulu kita. Itu karena mereka memiliki semangat yang tinggi untuk menegakkan kalimat “tauhid” di bumi ini dan punya kemahuan untuk menyebarkan dakwah dan jihad. Sesuai dengan seruan Allah Swt.:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ
“Dan perangilah mereka itu, hingga tidak ada fitnah lagi dan (hingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.” (QS al-Baqarah [2]: 193)

Kini, zaman sudah pun berubah, kemajuan sains dan teknologi telah pun berkembang pesat..jadi,pendekatan dakwah juga mestilah berubah seiring dengan perkembangan pesat sains dan teknologi...gunakan mean teknologi ini untuk menyampaikan perkara kebaikan sesama kita walaupun satu ayat ni....
Kesimpulannya, sama-sama la kita mengajak sesama kita untuk melakukan perkara kebaikaan dan meninggalkan keburukan....
jumpa lagi di lain nukilan....
"Ingat Allah Senyum Sokmo"
"DAKWAH TIADA HENTI"