Sunday, October 4, 2009

ReNuNGaN

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya "
-IMAM AL-GHAZALI


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya....
-HAMKA

Friday, August 14, 2009

Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

SEORANG ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.
Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?
Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?

Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa."Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.

Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.

Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya. Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.

Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya."Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang."Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum."Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi."Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)

Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.

"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri."

Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan. "Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Thursday, August 6, 2009

parang serawak





ni lah contoh2 parang sarawak yang boleh didapati kat sarawak ni...harga xmahal,amat berpatutan ni.....sebagai contoh sahaja..ada bnyak lagi.....

Tuesday, August 4, 2009

HaKiKaT DiRi MaNuSiA

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....
Alhamdulillah syukur khadrat Ilalhi kerana masih lagi memberi sedikit ruang dan peluang untuk saya mencoretkan sepatah dua kata untuk renungan kita bersama...mudah-mudahan ia dapat sama-sama mengingatkan kita kepada pencipta kita yang maha agung iaitu Allah Subhanahu Wataala..
Tanpa mengira siap pun kita, kayakah kita, miskinkah kita, senangkah kita, susahkah kita @sebagai guru, pelajar, usahawan, jutawan atau apa sahaja diri kita, kita sebagai seorang hamba mestilah mengenali hakikat diri kita yang sebenarnya.
Kita semestinya mengetahui bahawa dalam diri kita ini mempunyai 3 elemen penting iaitu Akal, hati dan nafsu. kita sebagai orang yang beriman hendaklah memahami sifat dan peranan Akal, hati ,dan nafsu dan hendaklah tahu bagaimana cara untuk mendidiknya. Hati juga disebut sebagai Qalbu dan Fuad, ia juga dikenali sebagai Latifah Rabbaniyyah yang merupakan Raja di dalam kerajaan diri kita. sebagaimana sesebuah negara mempunyai kerajaan begitu jugalah dengan diri kita yang mempunyai kerajaan yang tersendiri yang diketuai oleh Hati. Apabila baik hati itu maka baiklah seseorang itu kerana dihati itulah tempat letaknya hidayah Allah.
Manakala peranan Nafsu dan Akal pula ialah sebagai penasihat diri kita. nafsu yang terdidik akan mendorong diri kita melakukan kebaikan. bila nafsu melakukan kebaikan maka akal akan terpimpin dan hati akan berbakti dan hasilnya akan menjamin keselamatan diri seseorang itu daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah S.w.t.
Selain sebagai penasihat nafsu juga bertindak sebagai pengajak kita untuk melakukan kejahatan. apabila nafsu mula bertindak demikian ia telah menjadi musuh utama diri kita yang perlu di buang dan pada masa inilah kita perlu menggunakan akal untuk membezakan yang hak dan yang batil ini kerana akal merupakan penyebab kiat mendapat hidayat dan taufik daripada Allah S.w.t.
Kesimpulannya, akal dan nafsu perlu sentiasa dibersihkan dengan menjadikan ilmu dan wahyu sebagai pegangan, sunnah rasul dijadikan ikutan maka hasilnya kitakan dapat membentuk diri yang sempurna dengan memiliki hati yang bahagia dan mulia untuk mendukung agama Allah Sw.t. di atas muka bumi ini. dan ingatlah lah bahawa : kita semua merupakan sebaik2 ummah yang dikeluarkan dari kalangan manusia untuk mengajak manusia lain berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah Sw.t. Wassalam

Thursday, July 23, 2009

ReJaB TeLaH BeRLaLu SYaBaN MeNJeLMa LaGi

Assalamualaikum...
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 23 julai 2009. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.
Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Friday, July 17, 2009

ادب ڤنونتوت علمو



ادب ڤنونتوت علمو

منونتوت علمو اداله ساتو کهروسن باݢي کيت قوم مسلمين. باڽق سکالي داليل يڠ منونجوقکن کاوتامأن علمو، ڤارا ڤنونتوت علمو دان يڠ مڠاجرکنڽ. ادب-ادب دالم منونتوت علمو يڠ هاروس کيت کتاهوي اݢر علمو يڠ کيت تونتوت برفاءيده باݢي کيت دان اورڠ يڠ اد د سکيتر کيت ساڠتله باڽق. ادب-ادب ترسبوت د انتاراڽ اداله:.

إخلاص کران الله.

هندقڽ نية کيت دالم منونتوت علمو اداله کران الله تعالى دان اونتوق نݢري اخيرة. اڤابيلا سساورڠ منونتوت علمو هاڽ اونتوق منداڤتکن ݢلرن اݢر منداڤتکن کدودوکن يڠ تيڠݢي اتاو نية يڠ سجنيسڽ، مک رسول الله تله ممبري ڤريڠاتن تنتڠ حال اين دالم سبداڽ :"بارڠسياڤا يڠ منونتوت علمو يڠ ڤلاجري هاڽ کارنا الله سداڠ اي تيدق منونتوتڽ کچوالي اونتوق منداڤتکن هرتا بندا دنيا، اي تيدق اکن منداڤت باو شرݢ ڤد هاري قيامة".﴿ هر: احمد، ابو،داود دان ابن ماجه


.اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان اورڠ لاين.

سموا مأنسي ڤد مولاڽ اداله جاهيل. کيت برنية اونتوق مڠهيلڠکن کجاهيلن ديري کيت، ستله کيت منجادي اورڠ يڠ مميليقي علمو کيت هاروس مڠاجرکنڽ کڤد اورڠ لاين اونتوق مڠهيلڠ کجاهيلن دالم ديري مريک، دان تنتو ساج مڠاجرکن کڤد اورڠ لاين ايت دڠن برباݢاي چارا اݢر اورڠ لاين داڤت مڠمبيل فاءيده دري علمو کيت.اڤاکه دشرتکن اونتوق ممبري منفعة ڤد اورڠ لاين ايت کيت دودوق دمسجد دان مڠاداکن ساتو ڤڠاجين اتاوکه کيت ممبري مافات ڤد اورڠ لاين دڠن علمو ايت ڤد ستياڤ ساعت؟ جوابان يڠ بنر اداله يڠ کدوا; کارنا رسول الله برسبدا :"سمڤأيکنله دريکو والوڤون چوما ساتو ايات ﴿هر: بخاري﴾امام احمد برکات: علمو ايت تيدق اد بنديڠنڽ اڤابيلا نيةڽ بنر. ڤارا موريدڽ برتاڽ: باݢايماناکه يڠ دمکين ايت؟ بلياو منجواب: اي برنية مڠهيلڠکن کجاهيلن ديريڽ دان ديري اورڠ لاين.


مڠمالکن علمو يڠ تله دداڤتکن.

ترماسوق ادب يڠ تڤنتيڠ باݢي ڤارا ڤنونتوت علمو اداله مڠمالکن علمو يڠ تله دڤراوليهي، کران عمل اداله بواه دري علمو، باءيق ايت عقيدة، عباده، اخلاق اتاوڤون مواماله. کران اورڠ يڠ تله مميليقي علمو اداله سڤرتي اورڠ مميليقي سنجات. علمو اتاو سنجات ڤدڠ تيدق اکن اد ݢوناڽ کچوالي دعمالکن دݢوناکن

مڠحرمتي ڤارا علماء دان ممولياکن مريک.
ڤنونتوت علمو هاروس سلالو لاڤڠ دادا دالم منريما ڤربيذأن ڤنداڤت يڠ ترجادي د کالڠن علماء. جاڠن سمڤأي اي مڠومڤت اتاو منچلا علماء يڠ کبتولن کليرو د دالم مموتوسکن سواتو مسئله. مڠومڤت اورڠ بياسا ساج سوده ترماسوق دوسا بسر اڤاته لاݢي جک سساورڠ ايت اداله عاليم علماء.منچاري کبنرن دان صبرترماسوق ادب يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ باݢي کيت سباݢاي سأورڠ ڤنونتوت علمو اداله منچاري کبنرن دري علمو يڠ تله دداڤتکن. منچاري کبنرن دري بريتا يڠ سمڤأي کڤد کيت يڠ منجادي سومبر حکوم. کتيک سمڤأي کڤد کيت سبواه هاديث ميثلڽ، کيت هاروس منليتي لبيه دهولو تنتڠ کيسهوهيهن هاديث ترسبوت. کالاو سوده کيت تموکن بوقتي بهوا هاديث ايت اداله صحيح، کيت بروسها لاݢي منچاري معنى ﴿ڤڠرتين ﴾ دري هاديث ترسبوت. دالم منچاري کبنرن اين کيت هاروس صبر، جاڠن ترݢسا-ݢسا، جاڠن چڤت مراسا بوسن اتاو کلوه کسه. جاڠن سمڤأي کيت ممڤلاجري ساتو ڤلاجرن ستڠه-ستڠه، بلاجر ساتو کتاب سبنتر لالو ݢنتي لاݢي دڠن کتاب يڠ لاين. کالاو سڤرتي ايت کيت تيدق اکن منداڤتکن اڤ دري يڠ کيت تونتوت.د سمڤيڠ ايت، منچاري کبنرن دالم علمو ساڠت ڤنتيڠ کران سسوڠݢوهڽ ڤمباوا بريتا ترکادڠ ڤوڽا مقصود يڠ تيدق بنر، اتاو بارڠکالي دي تيدق برمقصود جاهت نامون دي کليرو دالم ممهمي سبواه داليل.والله \ءعالم.

دکوتيڤ دري" کتاب العلمي" شيخ محمد بن صالح الاوثايمين.﴿ابو لوطفي







Wednesday, July 8, 2009

dAkWaH TiAda HeNti

Islam adalah agama dakwah. Salah satu intipati dari ajaran Islam ialah memerintahkan umatnya untuk berdakwah, yakni mengajak manusia kepada jalan Allah (tauhid) dengan bijaksana dan berhikmah . Mengambil berat terhadap dakwah jugalah yang menjadi trademark seorang mukmin sejati. ertinya, orang mukmin yang cuai terhadap dakwah bererti bukan mukmin sejati. Bahkan Allah Ta’ala memuji perlakuan mulia ini dalam firmanNya:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاَ مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim” (QS Fushshilat [41]: 33)
Dalam ayat lain Allah Swt. memerintahkan kepada hamba-hambaNya untuk berdakwah. Seperti dalam firmanNya:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS an-Nahl [16]: 125)

Menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar merupakan identiti seseorang muslim. Itu sebabnya, Islam begitu dinamis. Buktinya, mampu mencapai hingga sepertiga planet bumi ini. Itu ertinya, hampir seluruh penghuni daratan di dunia ini pernah hidup bersama Islam. Betul, ketika kita belajar ilmu alam atau geografi, disebutkan bahawa dunia ini terdiri dari sepertiga daratan dan dua pertiga lautan. Subhanallah, inilah prestasi hebat para pendahulu kita. Itu karena mereka memiliki semangat yang tinggi untuk menegakkan kalimat “tauhid” di bumi ini dan punya kemahuan untuk menyebarkan dakwah dan jihad. Sesuai dengan seruan Allah Swt.:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ
“Dan perangilah mereka itu, hingga tidak ada fitnah lagi dan (hingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.” (QS al-Baqarah [2]: 193)

Kini, zaman sudah pun berubah, kemajuan sains dan teknologi telah pun berkembang pesat..jadi,pendekatan dakwah juga mestilah berubah seiring dengan perkembangan pesat sains dan teknologi...gunakan mean teknologi ini untuk menyampaikan perkara kebaikan sesama kita walaupun satu ayat ni....
Kesimpulannya, sama-sama la kita mengajak sesama kita untuk melakukan perkara kebaikaan dan meninggalkan keburukan....
jumpa lagi di lain nukilan....
"Ingat Allah Senyum Sokmo"
"DAKWAH TIADA HENTI"